BM | EN | 中文

ADUN MAHARANI BAWA OKU TENGOK WAYANG

OKU.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 DIS : Adun Maharani, Norhayati Bachok membawa seramai 40 Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk menonton filem Garang di BP Mall Batu Pahat, di sini.

Beliau bersama-sama kakitangan Pusat Khidmat Pemulihan dan Komuniti (PKPDK) Parit Keroma dan Azzahra Parit Jawa Muar mengambil langkah untuk meraikan OKU di kawasannya untuk menonton filem berkenaan.

Menurut Norhayati, filem berkenaan yang berkisarkan tentang perjuangan OKU dapat membero semangat serta motivasi kepada golongan OKU di negara ini.

Advertisement

“Golongan OKU ini harus diraikan dengan pelbagai inisiatif atau langkah sehinggakan mereka tidak terasa terpinggir dari masyarakat umum.

“Program sebegini akan terus diusahakan bagi mendekatkan diri OKU kepada masyarakat umum dan filem tersebut berjaya mengangkat martabat OKU di dalam negara ini,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya, golongan tersebut tidak pernah dipinggirkan di kawasannya dan beliau akan terus membantu mereka agar tidak tercicir dari soal kebajikan, ilmu, sosial dan sebagainya.

Advertisement

“Inilah masanya untuk memberi mereka peluang menonton filem yang berkisarkan dengan kehidupan mereka dan peluang untuk kita mengajak mereka menonton wayang yang mungkin ada di antara mereka yang tidak pernah lagi menonton filem di wayang.

“Sebelum ini Menteri Besar Johor juga telah membawa OKU menonton wayang untuk filem yang sama dan langkah ini bagus serta perlu disambut oleh pelbagai pihak,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top