BM | EN | 中文

Adun Maharani amal sikap ‘personal touch’

IMG-20200118-WA0032.jpg
Advertisement

MUAR, 18 JAN – Adun Maharani, Norhayati Bachok mengambil sikap ‘personal touch’ di kalangan penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)nya sebagai langkah mendekati masyarakat dan mendengar permasalahan mereka.

Menurutnya, sempena kehadiran Tahun Baru 2020, beliau mengambil kesempatan dengan mengadakan program ‘walkabout’ ke pusat-pusat tumpuan orang ramai seperti Pasar Tani Stadium Muar.

“Selain menemui sendiri para peniaga dan masyarakat setempat, program tersebut akan mengeratkan lagi hubungan antara mereka dengan Adun setempat.

Advertisement

“Kita juga telah memberikan penerangan secara terus kepada rakyat berkenaan dengan pencapaian Dun Maharani, Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Pusat sepanjang 2019.

“Ini adalah platform terbaik untuk saya bertemu dengan masyarakat setempat sambil mendengar sendiri keluhan, aduan dan cadangan mereka secara berhadapan.

“’Personal Touch’ begini amat penting agar suara masyarakat atau rakyat sentiasa didengari dan kita sentiasa bersikap terbuka dalam mendengar segala isu yang akan disuarakan oleh mereka kepada kita,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga Ketua Awan Johor berkata, masyarakat hari ini banyak yang terlepas dari maklumat berkenaan dengan pencapaian serta tawaran yang baik telah disediakan kepada mereka.

Tambahnya lagi, tujuan ‘walkabout’ ini akan memudahkan pemimpin untuk secara terus menyampaikan segala maklumat serta tawaran yang baik kepada masyarakat umum.

“Siri ‘walkabout’ ini salah satu program yang dijadualkan secara berkala dan ia sebagai salah satu inisiatif mendekatkan pemimpin kepada masyarakat.

Advertisement

“Sambutan masyarakat terhadap program ini amat menggalakkan serta ia sangat baik kerana mereka berani untuk menyuarakan pandangan mereka terhadap pelbagai isu dan Alhamdulillah kita mampu untuk menjawab serta melontarkan semula pandangan yang jernih terhadap pemerintahan kerajaan hari ini,” katanya lagi.

Program tersebut turut dianjurkan oleh Pemuda Amanah Kawasan Muar, Komuniti Harapan Malaysia Dun Maharani, MPKK kawasan Maharani dan Urus Setia Pasar Tani Stadium Muar.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top