BM | EN | 中文

Adun Layang-Layang tak perlu mendahului Sultan Johor

azam-mekhtar-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 JUN: Adun Layang-Layang Datuk Onn Hafiz Ghazi diingatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan seolah-olah kuasa istana di tangannya.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Mektar berkata Onn Hafiz tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan mendahului Sultan Johor, kerana baginda mempunyai kebijaksanaan menguruskan kemelut politik yang melanda negeri ini.

“Hentikanlah politik yang menggunakan nama Sultan Johor demi meraih simpati baginda.

Advertisement

“Onn tidak perlu menggantikan tempat Tuanku Sultan dengan mencadangkan perkara yang jelas akan menghuru-harakan negeri Johor,” katanya.

Onn Hafiz Ghazi

Semalam Onn Hafiz dalam satu kenyataan berkata Pakatan Harapan (PH) perlu membuktikan mempunyai cukup jumlah kerusi sekaligus memohon perkenan Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya peringkat negeri dapat diadakan.

Beliau berkata, mandat harus diserahkan semula kepada rakyat untuk mereka membuat pilihan dalam menentukan masa depan dan hala tuju negeri ini.

Advertisement

“Kalau angka yang dicanang adalah dusta, saya gesa agar pihak pembangkang berhenti mengaburi dan mengelirukan rakyat dengan pembohongan. Rakyat sudah muak dan jelak dengan pemimpin yang hanya mementingkan diri.

“Mereka mahukan pemimpin yang ikhlas mewakili mereka dan gigih bekerja di kawasan masing-masing. Pemimpin yang fokusnya pada ketika ini adalah untuk memulihkan ekonomi dan memperbaiki keadaan semasa semata-mata demi negeri dan rakyat,” katanya, lapor SH Online.

Justeru itu Azam yang juga merupakan Exco Pemuda Amanah Nasional mengajak Onn Hafiz untuk mengikuti maklumat dan perkembangan harian agar beliau sedar perjuangan yang dibawa Amanah selama ini yang mendahulukan rakyat.

Advertisement

Tambahnya lagi, tahap pembacaan Exco Kerajaan Johor itu perlu ditambah agar beliau mengetahui permasalahan rakyat yang berlaku.

“Saya nasihatkan agar Onn memerhatikan nasib belia di Johor dari sibuk bersuara berkenaan dengan kemelut politik Johor.

“Sekiranya Umno dan Onn rajin membaca, pastinya mereka tahu perjuangan Amanah yang sentiasa mendahulukan rakyat.

Advertisement

“Akibat kesombongan membuatkan Onn dan Umno ketinggalan.

“Lebih baik beliau fokus berkenaan anak muda yang semakin hilang perkerjaan di Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Like, Subscribe, Follow & Share

Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV

Telegram https://t.me/johorkinimy

Advertisement

Twitter https://twitter.com/myjohorkini

Instagram http://instagram.com/johorkini.my

Website http://johorkini.my

Advertisement

Facebook http://facebook.com/jkini.my

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top