BM | EN | 中文

ADUN LARKIN RAI PELAJAR PROGRAM TUISYEN PERCUMA, CEMERLANG UPSR

izhar-Larkin-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Seramai 11 pelajar cemerlang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 diraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Larkin, Mohd Izhar Ahmad dalam satu majlis anugerah kecemerlangan UPSR baru-baru ini.

Menurut Izhar, ia juga sebagai usaha untuk terus menyokong dan menggalakkan para pelajar yang memerlukan demi mencapai impian bermula dari peringkat sekolah rendah untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Para pelajar ini merupakan peserta Pusat Tuisyen Percuma @DUN Larkin yang diwujudkan bagi membantu para pelajar dari keluarga dan golongan asnaf meningkatkan prestasi akademik mereka.

Advertisement

“Sebagai imbuhan kecemerlangan, para pelajar ini telah menerima sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluarga mereka menyediakan persiapan kelengkapan sekolah ke fasa sekolah menengah,” kata Izhar dalam satu kenyataan.

Menurut Izhar, seramai 15 orang pelajar asnaf telah mengambil bahagian pada sesi tahun pertama pusat tuisyen ini beroperasi.

Manakala dari jumlah tersebut, seramai 11 pelajar telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Advertisement

“Adik Tirun Sivalinggam merupakan pelajar paling cemerlang apabila mencapai keputusan 6A 2B,” kata Izhar.

Beliau memberitahu, tenaga pengajar Pusat Tuisyen Percuma @DUN Larkin terdiri daripada sukarelawan DUN Larkin.

Izhar juga turut merancang untuk meneruskan program tuisyen percuma itu bagi tahun 2020.

Advertisement

Dalam pada itu, belkau turut mengalu-alukan mana-mana pihak sama ada dermawan mahupun sukarelawan yang ingin menyumbang tenaga, peralatan dan kewangan bagi menjayakan usaha murni dengan menghubungi pusat khidmat DUN Larkin.

Terdahulu, Izhar meraikan para pelajar dalam majlis anugerah kecemerlangan UPSR bagi peserta Pusat Tuisyen Percuma @DUN Larkin.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah para ibu bapa pelajar dan penduduk setempat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top