BM | EN | 中文

ADUN Kota Iskandar sampaikan sumbangan

hj-dzul.jpg

Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri)

ISKANDAR PUTERI, 28 MAC: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar menyampaikan sumbangan sebanyak 300 bungkusan berupa barangan keperluan harian kepada penduduk di kawasan DUN ini.

Difahamkan, sumbangan bertujuan bagi mengurangkan beban penduduk di DUN ini yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 yang mula dikuatkuasa di seluruh negara mulai 18 Mac lalu.

Menurut ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata sehingga petang semalam pihaknya telah berjaya menyampaikan sumbangan 300 barangan keperluan harian berupa makanan penduduk di kawasan ini.

Antara kawasan yang menerima bantuan ialah di Kg Sungai Melayu, Kg Pulai, Flat Kangkar Pulai, Flat Taman Pulai Utama, Taman Nusantara dan Taman Nusa Perintis.

Dalam pada itu Dzulkefly berkata, beliau mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan ataupun memerlukan bantuan agar menghubungi melalui Pusat Khidmat ADUN Kota Iskandar melalui talian seperti berikut (013-9863983).

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top