BM | EN | 中文

Adun Kota Iskandar agih sayuran segar, barangan asas kepada penduduk

dzulkefly-ahmad-bantuan-sayur-covid-19-kota-iskandar.jpg

Dzulkefly Ahmad menyerahkan sayuran segar kepada penduduk DUN Kota Iskandar

Advertisement

GELANG PATAH, 29 APR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad hari ini menyerahkan sumbangan berupa sayur-sayuran segar kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, sumbangan itu bagi meringankan bebanan golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum ini kita turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada penduduk di Gelang Patah dan DUN Kota Iskandar.

Advertisement

“Selain bantuan keperluan harian, kita juga turut menyumbang sayuran kepada mereka yang terkesan. Usaha ini sebagai suatu inisiatif daripada pihak kami untuk membantu mereka,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan turut dibantu pusat khidmat parlimen Iskandar Puteri dan Parti Amanah Negara (Amanah) dari cawangan Taman Mutiara Rini dalam kerja agihan sumbangan kepada penduduk.

Dzulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Johor berkata usaha dari pihaknya telah dilakukan seawal tempoh PKP dan usaha membantu rakyat dilakukan pihaknya semampu mungkin untuk meringankan beban mereka yang terkesan.

Advertisement

“Kita akan terus mencari jalan, dana, sumbangan orang ramai dan sebagainya untuk membantu mereka yang terjejas teruk khususnya di Dun Kota Iskandar.

“Dalam pemerhatian, kita dapati masih ramai golongan yang belum disantuni kerajaan untuk diberikan sumbangan, sedangkan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh PKP ini.

“Maka usaha dibuat pihak kami ini sedikit sebanyak mampu membuatkan mereka gembira serta diberikan perhatian,” ujarnya lagi.

Advertisement

Dzulkefly turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sama membantu dalam usaha menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top