BM | EN | 中文

Adun Kemelah sumbang kelengkapan pejabat kepada Klinik Kesihatan Bandar IOI

Dr-Sulaiman-dua-dari-kanan-menyampaikan-sumbangan-di-Klinik-Kesihatan-Bandar-IOI.jpg

Dr Sulaiman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan di Klinik Kesihatan Bandar IOI

Advertisement

SEGAMAT, 12 OGOS: Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan pejabat seperti kerusi dan kipas industri kepada Klinik Kesihatan Bandar IOI di sini, baru-baru ini.

Menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu, sumbangan tersebut bagi memenuhi permohonani klinik berkenaan sebelum ini.

“Bagi memastikan keselesaan bagi pesakit yang menunggu, Pejabat DUN Kemelah telah menyumbang kerusi-kerusi dan dua kipas industri yang ditempatkan di ruang luar menunggu bangunan.

Advertisement

“SOP Penjarakan Fizikal menyebabkan ruang menunggu sedia ada dalam klinik terpaksa diperluas hingga ke luar kawasan sedia ada.

“Inilah cara kita memberi sokongan pada pihak klinik dan khusus barisan hadapan yang telah berkorban dalam memberi perkhidmatan terbaik, apatah lagi ketika wabak Covid-19 sedang melanda dunia,” kata Dr Sulaiman.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak klinik khususnya Dr Norhisham Salleh, Timbalan Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Bandar IOI yang hadir pada majlis ringkas penyerahan sumbangan berkenaan.

Advertisement

“Saya menyeru kepada masyarakat agar terus mematuhi SOP serta amalan terbaik kesihatan bagi memastikan wabak Covid-19 terus berada dalam keadaan terkawal.

“Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia” kata Dr Sulaiman.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top