BM | EN | 中文

ADUN KEMELAH REDAH BANJIR, IKHTIAR BANTUAN

sulaiman.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 15 DIS: Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor turun padang untuk melawat kawasan yang dilanda banjir di Dun berkenaan.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan melihat keadaan untuk pihak penduduk bersedia untuk berpindah sekiranya banjir makin memburuk.

Semalam, Sulaiman membuat lawatan ke empat buah kampung yang dinaiki air iaitu, di Kampung Melayu Raya, Kampung Kwongsai, Kampung Sekijang dan Kampung Genuang Baru.

Advertisement

“Selain itu pihak kami telah pun berhubung dengan Syaikat Air Johor (SAJ) dan TNB untuk bersedia membekalkan kemudahan di pusat penepatan banjir sekiranya pusat tersebut dibuka.

“Alhamdulillah, pihak SAJ dan TNB memberikan respon yang baik kepada pihak kami dan akan berkerjasama serta pihak mereka telah pun menjalankan tugas dengan menyambungkan air di kawasan pusat penepatan banjir,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, sebanyak dua buah rumah di Kg Melayu Raya yang terbabit dalam banjir manakala tiga buah rumah lagi telah dikelilingi oleh takungan air di sekitar kawasan kediaman mereka.

Advertisement

Sehubungan itu kata Sulaiman, pihaknya akan bersama-sama dengan ketua kampung akan turun melawat ke lima buah kampung lagi bagi melihat keadaan di sana.

Kampung yang terbabit adalah, Kampung Tekam, Kg Pogoh, Paya Besar, Kg Paya Pulai dan Kg Sedeng serta sekitar kawasan kampung yang lain.

Menurutnya, lima kampung tersebut adalah kampung yang menjadi tempat sasaran berlakunya banjir sekiranya cuaca hujan yang tidak berhenti ini berlaku.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top