BM | EN | 中文

Adun Kemelah pertikai tindakan bekas MB Johor

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 24 NOV: Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor mempertikaikan tindakan bekas Menteri Besar (MB) Johor sebelum ini berhubung isu pembabitan Adun Pembangkang dalam mesyuarat tindakan daerah yang disuarakan sebelum ini.

Kata Dr Sulaiman, dalam mesyuarat pertama penggal persidangan kedua pada Julai 2019, beliau memperaku rintihan Adun bukan kerajaan yang tidak berada dalam mesyuarat tindakan daerah dan berdoa agar Adun bukan kerajaan mendapat tempat dalam mesyuarat tindakan daerah.

“Perlu diingat, kuasa terletak pada Menteri Besar dan kedua-dua mantan Menteri Besar berada di sebelah sana (kerusi kerajaan).

Advertisement

“Wajar juga ditanya pada mereka, kenapa langsung tidak menjawab rintihan yang dibangkit oleh Adun-Adun ketika itu.

“Usaha menambahbaik dewan telah pun dibuat melalui Bengkel Memperkasa Dewan Negeri Johor pada 8 dan 9 September 2019 di mana lima resolusi telah tercapai.

“Malangnya hanya Adun Bukit Pasir dari Adun Bukan Kerajaan yang hadir ketika itu.

Advertisement

“Jika kerajaan sedia ada meneruskan bengkel memperkasa dewan negeri 2.0, Kemelah yakin rakan-rakan dari sebelah sini akan sama menyertai untuk menjayakan misi memperkasa dewan negeri,” kataya dalam ucapan perbahasan di sidang Dewan Negeri (Dun) Johor hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar penyelidik diberikan peluang untuk membuat kajian berkenaan keberkesanan sidang dalam kajian yang mereka perolehi.

“Memetik kata-kata YAB Menteri Besar, dengan izin “While the Executive power is the brain, which sets all the parts into motion, if the brain is paralyzed, the individual will still be alive. However, as soon as the heart stops functioning the individual is dead.”

Advertisement

“Antara usaha mudah yang boleh dilaksana kerajaan negeri adalah menyediakan penyelidik bagi dewan negeri agar ahli dewan dapat manfaat penyelidik membuat kajian terhadap isu spesifik.

“Dengan itu, point perbahasan ahli dewan dapat ditambah baik melalui kajian dan data,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top