BM | EN | 中文

Adun Johor Lama harap masalah tanah runtuh di beberapa kawasan Felda diatasi segera

tanah-runtuh.jpg

Rosleli (tiga, kanan) meninjau keadaan kawasan yang terlibat tanah runtuh dalam Dun tersebut

Advertisement

KOTA TINGGI, 25 DIS : Adun Johor Lama berharap agar masalah tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan dalam dun berkenaan ekoran hujan lebat sehingga menyebabkan banjir melanda daerah ini baru-baru ini dapat diatasi segera oleh pihak berkenaan.

Adun berkenaan, Rosleli Jahari berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Felda Air Tawar 2, Felda Air Tawar 3 serta Gugusan Lok Heng.

“Aduan tanah runtuh penduduk di kawasan berkenaan telah dipanjangkan kepada pihak berkaitan. Tindakan segera diperlukan bagi meredakan kegusaran dan kebimbangan penduduk terlibat.

Advertisement

“Perkara ini juga telah diambil maklum oleh Menteri Besar Johor dan pihak jurutera, pejabat daerah, Selia Senggara dan Jabatan Kerja Raya serta Felda telah turun ke Lokasi.

“Bagaimanapun kita harap akan ada bantuan penyelesaian segera untuk tangani masalah dihadapi penduduk agar mereka tidak perlu lagi risau resah, gelisah dengan keadaan tersebut,”katanya kepada JohorKini.

Sekurang-kurangnya lapan buah rumah dan empat pintu rumah kedai terlibat dalam kejadian tanah runtuh di beberapa gugusan Felda sekitar daerah ini.

Advertisement

Turut berlaku tanah runtuh di bahagian pagar belakang sekolah agama Felda Air Tawar 2 sepanjang 20 meter.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top