BM | EN | 中文

Adun Johor Jaya kecewa Kad Sihat Johor tak dibincang

Liow-Cai-Tung.jpg

Gambar Fail

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 23 NOV: Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung menyatakan rasa kecewa apabila pembentangan Belanjawan Johor 2022, tidak menyentuh mengenai Kad Sihat Johor.

Katanya Kad Sihat Johor merupakan inisiatif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Johor khususnya golongan B40 bagi meringankan beban kos perubatan golongan B40.

“Setelah Kad sihat Johor dilancarkan, golongan sasaran dapat menikmati subsidi RM50 setiap kali mendapat rawatan di Kinik Panel sebanyak 10 kali iaitu RM500. Kad sihat Johor memang dapat sambutan yang baik daripada rakyat Johor.

Advertisement

“Menurut statistik, terdapat 221,015 orang pesakit Covid-19 di negeri Johor sejak pandemik ini menular.

“Dengan ini, saya yakin ramai yang antaranya yang kontak rapat, yang perlu menjalankan RTK, PCR mahupun kuarantin sama ada di PKRC ataupun hotel kuarantin, bukan semuanya mampu.

“Kita memang tahu agensi kesihatan mahupun hospital sudah mencapai kapasiti maksimum selama ini.

Advertisement

“Oleh itu, pentingnya Kad sihat Johor kepada golongan B40 bagi meringankan beban kos perubatan mereka,” kata Cai Tung dalam perbahasan Belanjawan Johor 2022, hari ini.

Katanya, golongan B40 yang tidak berkemampuan dan mahu melakukan ujian RTK atau PCR memerlukan kos tambanhan.

“Bagi mereka yang perlu menjalankan RTK atau PCR boleh mengguna kad sihat Johor sebagai subsidi.

Advertisement

“Kadang-kala, perjalanan pergi ke PKRC atau hospital pun menjadi perkiraan mereka. Itulah jadi salah satu sebab, jangkitan Covid-19 tidak dapat dikesan pada waktu awal,” ujarnya.

Tambah Cai Tung, dengan pelancaran semula Kad Sihat Johor membolehkan mereka ke klinik swasta yang merupakan panel terdekat, meringankan beban KKM dan anggota barisan hadapan

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top