BM | EN | 中文

Adun Johor Jaya harap PPV baru di Pasir Gudang dapat vaksin 2,000 individu sehari

PPV-Liow-Cai-Tung.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 16 JUL: Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berharap pusat pemberian vaksin (PPV) Pasir Gudang yang dipindahkan ke Dewan Mawar boleh menampung seramai 2,000 penerima vaksin setiap hari.

Kata Cai Tung, beliau dimaklumkan pegawai yang bertanggungjawab di PPV sebelum ini di Bandar Seri Alam, pusat tersebut hanya mampu memberi vaksin kepada seramai 1,000 orang sehari.

Beliau menjelaskan setakat 14 Julai sebanyak 2,267,092 orang telah berdaftar sebagai penerima vaksin di Johor, iaitu 83.6 peratus daripada jumlah kesuluruhan penduduk negeri ini.

Advertisement

“Walau bagaimanapun, kadar vaksinasi di Johor masih jauh lebih rendah berbanding dengan Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

“Statistik pada 13 Jual 2021 menunjukkan bahawa seramai 585,977 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama dan 353,896 orang telah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pejabat Adun Johor Jaya telah menerima 628 permohonan warga emas yang menyatakan mereka masih belum menerima tarikh temujanji suntikan vaksin.

Advertisement

“Saya telah menyerahkan senarai tersebut ke PPV berkenaan dan Pejabat Kesihatan Negeri untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, seramai 198 masih lagi menunggu tarikh temujanji suntikan vaksin mereka.

“Saya harap situasi ini dapat bertambah baik selepas PPV dipindah ke tempat baharu,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau turut menambah, penutupan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam susulan kes positif Covid-19 di kalangan kakitangan menunjukkan bahawa SOP di PPV harus dipertingkatkan agar memberikan keyakinan kepada masyarakat.

“Saya menyeru Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengkaji semula SOP di semua PPV untuk memastikan keselamatan kakitangan dan penerima vaksin.

“Saya juga harap kerajaan dapat melaksanakan tiga perkara berikut selepas PPV baharu dibuka untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada masyarakat iaitu meningkatkan jumlah vaksin di Johor, menambah PPV di negeri ini, dan menambah PPV bergerak,” katanya lagi,

Advertisement

Terdahulu, Cai Tung menyampaikan sumbangan berupa 600 pek makanan kepada frontliner yang bertugas di PPV Bandar Seri Alam, Klinik Kesihatan Masai dan Klinik Desa Plentong sebagai sokongan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan.

Antara penyumbang adalah Marrybrown Sdn Bhd, Sedap Corner Sdn Bhd, Aqina Poultry Sdn Bhd, Laksa Sayang (Tesco Lotus Tebrau), Tea Garden, Restoran Al-Safa, Restoran G`Sinar Along Ayam Kunyit dan Restoran Fieqa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top