BM | EN | 中文

Adun Johor Jaya cadang dos pertama AstraZeneca, dos kedua Pfizer

liow-cai-tung-adun-johor-jaya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUN: Kerajaan harus mengikut strategi negara lain seperti United Kingdom, Sepanyol, Jerman, Kanada dan Korea Selatan bagi mempertimbangkan untuk memberi vaksin AstraZeneca sebagai dos pertama.

Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, sekiranya bekalan vaksin AstraZeneca tidak mencukupi, maka vaksin mRNA keluaran Pfizer-BioNtech diberikan sebagai dos kedua.

“Memandangkan tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca adalah tiga bulan, tempoh itu adalah cukup masa untuk memulihkan bekalan vaksin yang terhad.

Advertisement

“Selain itu, sekurang-kurangnya tiga kajian terbaharu telah menunjukkan bahawa penggunaan dua vaksin berlainan adalah efektif untuk melawan varian-varian Covid-19,” kata Cai Tung dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pengumuman Menteri Luar Jepun yang akan menyumbang 1 juta dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia mulai Julai, usaha ini dapat membantu mengubah strategi vaksinasi di Malaysia.

“Diharapkan dengan ini, negara dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus imuniti kepompok menjelang akhir tahun dan pada masa yang sama, dapat mengekang varian Delta yang mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi,” katanya.

Advertisement

Kata Cai Tung, syarikat farmaseutikal United Kingdom, AstraZeneca mendedahkan data menunjukkan vaksin itu berkesan terhadap varian Delta dan Kappa.

Di samping itu, hasil kajian menunjukkan satu dos vaksinnya berkesan kira-kira 70 peratus.

Ujarnya lagi, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah dilaksana hampir empat bulan dan kadar vaksinasi semasa serta bekalan vaksin tidak pasti sama ada Malaysia dapat mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok pada hujung tahun ini.

Advertisement

“Kerajaan sepatutnya memanfaatkan sumber vaksin yang terhad ini dengan mengubah strategi untuk membolehkan lebih ramai lagi orang menerima sekurang-kurangnya dos pertama bagi melawan varian Delta yang membimbangkan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mendedahkan, 7,039,072 dos vaksin diberikan menerusi PICK setakat 25 Jun.

Daripada jumlah itu, 5,072,714 penerima dos pertama atau 15.5 peratus, manakala 1,966,358 orang atau enam peratus populasi sudah melengkapkan vaksinasi dos kedua.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top