BM | EN | 中文

Adun Johor desak kerajaan negeri adakan siasatan khas insiden serangan gajah keatas manusia

gajah-kota-tinggi-1.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OGOS: Adun Perling, Cheo Yee How mendesak satu siasatan khas berhubung insiden serangan gajah yang berlaku baru-baru ini.

Antaranya, kejadian serangan yang berlaku keatas seorang pengawal keselamatan di Kota Tinggi sehingga menyebabkan kematian.

Cheo Yee How

Kata Yee How, beliau bimbang kehilangan habitat di kawasan hutan di Kota Tinggi menjadi punca gajah tersebut memasuki kawasan pertanian dan petempatan yang mengakibatkannya menyerang manusia.

Advertisement

“Kita akan membawa perkara ini dalam sidang dewan (DUN) akan datang.

“Kita akan mendesak kerajaan menjawab berkenaan perkara ini untuk langkah-langkah sistematik bagi pencegahan dan pemulihan seterusnya terhadap habitat tersebut,” tegasnya.

Dalam kejadian pada 27 Julai lalu, gajah liar menyerang pegawal keselamatan di sebuah lombong pasir di Batu 6, Simpang Perani, Mawai, Kota Tinggi, disyaki berbuat demikian untuk melindungi anaknya.

Advertisement

Selain insiden serangan gajah, turut berlaku kejadian mamalia itu berkeliaran di laluan Johor Bahru – Mersing dalam keadaan trafik sibuk.

Dalam kejadian yang berlaku pada 31 Julai itu, seorang peniaga wanita turut mengalami kerugian kira-kira RM1,000 selepas kedai buah-buahannya ‘diserang’ dua ekor gajah liar.

Justeru itu kata Yee How, kerajaan perlu memberikan penjelasan terhadap situasi sebenar hutan berdekatan kawasan tersebut.

Advertisement

“Mengapa perkara ini kerajaan hanya mendiamkan diri? Perlu ada penjelasan dan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini.

“Ia melibatkan nyawa dan sehingga kini kerajaan tidak ada mengeluarkan kenyataan sama ada siasatan dijalankan atau tidak,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top