BM | EN | 中文

Adun Johor cadang pengecualian kuarantin kepada individu yang telah terima vaksin Covid-19

vaksin-covid-19.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan gallup.com)

Advertisement

KLUANG, 20 JAN: Pengecualian kuarantin harus diberikan kepada individu dan keluarga yang telah menerima suntikan vaksin sebelum pulang ke Malaysia.

Perkara itu dinyatakan tiga Adun Johor iaitu Chew Chong Sin (ADUN Mengkibol), Andrew Chen (ADUN Stulang) dan Cheo Yee How (ADUN Perling) dalam satu kenyataan bersama semalam.

“Terdapat rakyat Malaysia yang berada di luar negara telah menerima suntikan sebelum kembali ke Malaysia.

Advertisement

“Oleh itu, risiko penyebaran virus kepada orang lain adalah hampir sifar. Maka, mereka langsung tidak perlu menjalani kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beberapa negara seperti Singapura, United Kingdom dan China telah memulakan suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk di negara berkenaan.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut mencadangkan kerajaan menetapkan kriteria saintifik, contohnya suntikan diterima berapa hari sebelum kembali ke Malaysia, tiada kesan sampingan, dan individu tersebut dikenalpasti telah berjaya merangsang penghasilan antibodi dalam badan.

Advertisement

Ini kerana katanya terdapat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Jika perlu, peraturan-peraturan berkenaan kuarantin boleh ditetapkan mengikut situasi zon merah berisiko tinggi tertentu,” ujarnya.

“Jika peraturan berkenaan sempat diumumkan, ini akan membolehkan rakyat Malaysia dapat kembali ke negara demi bertemu dengan ahli keluarga yang telah lama terpisah sejak PKP dilaksanakan lagi.

Advertisement

“Kerajaan boleh mengambil pengalaman daripada pelaksanaan negara lain dengan mewajibkan individu kembali ke Malaysia tanpa kuarantin untuk memuat turun, berdaftar dan menggunakan aplikasi MySejahtera demi tujuan pemantauan dan pemeriksaan kesihatan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top