BM | EN | 中文

Adun Johor cadang kuarantin wajib 14 hari untuk mereka yang tiba dari Sabah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 5 OKT: Adun Jementah, Tan Chen Choon mencadangkan kepada kerajaan untuk menguatkuasakan kuarantin wajib 14 hari kepada mereka yang mempunyai sejarah perjalanan kawasan berisiko tinggi di Sabah sejak 20 September 2020.

Katanya, ini kerara pada masa ini sesiapa yang masuk ke Semenanjung Malaysia hanya menjalani kuarantin sementara ketika menunggu keputusan Covid-19, dan sekiranya keputusan adalah negatif individu tersebut tidak perlu menjalani kuarantin seterusnya.

“Ini adalah merbahaya memandangkan inkubasi jangkitan virus Covid-19 adalah 14 hari.

Advertisement

“Tambahan pula, index R Nought wabak Covid-19 di Malaysia telah melepasi 1.5, bermakna dalam setiap pesakit jangkitan COVID-19 dapat menyebarkan virus itu kepada lebih dari satu orang,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah bahawa negara kita kini berada di permulaan gelombang ketiga Covid-19.

“Dua minggu kelak adalah tempoh kritikal kerana jumlah kes baharu positif Covid-19 di negeri Johor, Selangor, Kedah dan Sabah telah mencatat peningkatan mendadak.

Advertisement

“Sekiranya penularan wabak Covid-19 tidak dapat dikawal dan rantaian tidak diputuskan, PKP bakal dilaksanakan semula.

“Pada masa itu, ekonomi negara kita pasti akan lumpuh lebih teruk dan kadar pengangguran negara juga akan meningkat berbanding sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati orang ramai mematuhi nasihat dan SOP dari KKM, MKN dan pihak berkuasa tempatan.

Advertisement

“Elakkan ke tempat 3S. Sesak (Crowded place) Sempit (Confined Space) serta elakkan bertutur atau Sembang dengan jarak yang dekat (Close conservation).

“Amalkan 3W ketika berada di luar rumah khususnya di tempat tumpuan orang ramai dan tempat tertutup serta mematuhi amaran KKM,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top