BM | EN | 中文

Adun Jementah seru pesakit Covid-19 hilang sumber pendapatan mohon bantuan khas Covid-19

Tan-Chen-Choon-Adun-Jementah-bantuan-Covid-19.jpg

Tan Chen Choon menyumbang bantuan kewangan RM1,000 kepada pesakit strok di Jementah

Advertisement

SEGAMAT, 6 SEPT: Adun Jementah, Tan Chen Choon menyeru pesakit Covid-19 yang hilang sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian memohon bantuan khas Covid-19.

Katanya, bantuan khas Covid-19 ini diwujudkan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Segala permohonan Bantuan Khas ini akan diuruskan dan disemak oleh NADMA.

Kadar bantuan khas ini ialah RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Advertisement

Bantuan itu juga juga diberikan kepada pesakit yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19.

“Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

“Saya menyeru terutamanya bagi mereka yang masih bekerja dan bergaji, mengemukakan permohonan ini jika menerima Perintah Kuarantin Covid-19 atau disahkan pesakit positif Covid-19, bagi meringankan tekanan kewangan keluarga,” katanya.

Advertisement

Dokumen sokongan yang wajib disertakan bersama ialah :

1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
3. Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.

Selain dokumen sokongan wajib di atas, pemohon juga dikehendaki muat turun dan lengkapkan dokumen di bawah semasa mengemukakan permohonan ini :

Advertisement

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
2. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Mereka yang tidak layak memohon Bantuan Khas Covid-19 ini adalah seperti berikut :
1. Bukan Warganegara Malaysia
2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19

Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan perlu dihantar ke WhatsApp 011-13218056 atau emel ke bkcovid19@nadma.gov.my, atau pos kepada Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Pendana Menteri, Aras 7, Blok 5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya (u.p : Sekretariat KWABBN : Bantuan Khas Covid-19).

Advertisement

Untuk makluman lanjut, sila layari www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top