BM | EN | 中文

Adun Jementah serah bantuan sekolah kepada 473 murid

TCC-Back-to-School-Jementah.jpg

Tan menyerahkan bantuan kepada 473 murid sekolah daripada keluarga yang kurang berkemampuaan dari sekitar kawasan DUN Jementah

Advertisement

SEGAMAT, 28 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jementah, Tan Chen Choon menyerahkan bantuan kepada 473 murid sekolah daripada keluarga yang kurang berkemampuaan dari sekitar kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) tersebut.

Setiap dari murid sekolah tersebut menerima sumbangan persekolahan berbentuk baucar bernilai RM100 setiap seorang melalui Program Jom Sekolah yang dianjurkan pejabat Adun Jementah.

Tan dalam kenyataannya berkata, baucar tersebut diagihkan kepada murid-murid dari 22 buah sekolah di kawasan DUN Jementah.

Advertisement

Ia terdiri daripada sepuluh buah Sekolah Kebangsaan, tujuh buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar kawasan Jementah, Bandar Segamat, Batu Anam dan Gemas Baru.

Tambah beliau, program Jom Sekolah itu mengakhiri takwim aktiviti Pusat Komuniti DUN Jementah bagi tahun 2019.

“Besarlah harapan saya agar sumbangan Jom Sekolah pada tahun ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa yang terlibat membuat persediaan persekolahan di samping menyuntik semangat kepada murid-murid terpilih berkenaan,” kata Tan.

Advertisement

Terdahulu, Tan turut bersama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut hadir ke Program Jom Kembali Ke Sekolah Mangsa Bencana Mangsa Banjir yang berlangsung di tiga daerah yang terjejas iaitu di Kluang, Batu Pahat dan Segamat membabitkan 1,272 orang penerima.

Banjir yang berlaku baru-baru ini telah menjejaskan hampir kesemua daerah di negeri ini dengan mangsa seramai lebih 9,000 orang.

Justeru itu, menerusi program tersebut, setiap penerima menerima sumbangan kelengkapan persekolahan antaranya pakaian, kasut dan beg.

Advertisement

“Semoga bantuan yang diserahkan pada hari ini sedikit sebanyak meringankan beban persediaan oleh ibu bapa bagi sesi persekolahan yang bermula pada minggu hadapan selain menyuntik semangat dalam kalangan anak-anak yang diraikan,” kata Tan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top