BM | EN | 中文

Adun Jementah serah 140 bakul makanan kepada asnaf, golongan kurang berkemampuan

adun-jementah-serah-bantuan-ramadan-2021-tan-chen-choon.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 27 APR: Sebanyak 140 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan dan golongan asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, program yang diadakan sempena sambutan bulan Ramadan itu merupakan rutin tahunan dilakukannya bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Sempena bulan Ramadan yang murni ini, saya sebagai Adun Jementah merangkap Naib Pengerusi Johor telah mengagihkan sebanyak 140 beg sumbangan barangan keperluan kepada golongan miskin dan asnaf di beberapa buah kampung Melayu dalam kawasan Jementah.

Advertisement

“Pengagihan sumbangan barangan keperluan pada bulan Ramadan adalah aktiviti tahunan yang saya wajib lakukan selepas saya diamanahkan sebagai Adun Jementah.

“Walaupun negara kita sedang menghadapi pandemic Covid-19, tetapi kita tidak boleh mengabaikan keperluan asas golongan miskin dan asnaf,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadir sama ialah bekas ketua-ketua kampung di dalam DUN Jementah.

Advertisement

Dalam pada itu beliau memaklumkan peningkatan kes positif Covid-19 di daerah Segamat adalah membimbangkan, dengan 20 kes baharu pada 25 April lalu.

“Saya meminta sesiapa yang masih belum divaksin wajib mematuhi SOP pencegahan Covid-19 termasuk rajin mencuci tangan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial satu meter, elakkan sembang dengan jarak yang dekat bagi mengurangkan risiko jangkitan.

“Saya menyeru sesiapa kontrak rapat dengan pesakit positif Covid-19 baru-baru ini wajib menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Segamat di talian 07-931 3355 atau mengambil inisiatif sendiri dengan membuat ujian saringan RT-PCR secepat mungkin.

Advertisement

“Saya juga ingin menasihati orang ramai tidak panik dan tidak menyebarkan berita palsu atau berita yang belum disahkan oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.

Orang ramai dinasihatkan mendaftar bagi program vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi “MySejahtera” atau melalui pautan https://www.vaksincovid.gov.my atau hadir ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Kepada yang telah mendaftar boleh menyemak maklumat temujanji vaksinasi anda di pautan https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/ dengan mengisi nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top