BM | EN | 中文

Adun Jementah peruntuk RM24,000, bantu 21 pelajar lanjutkan pelajaran

Tan-Chen-Choon-kiri-menyerahkan-bantuan-kewangan-one-off-IPT-kepada-penerima-di-Pejabat-Khidmat.jpg

Tan Chen Choon (kiri) menyerahkan bantuan kewangan secara one-off kepada penerima yang berjaya melanjutkan pelajaran di pusat khidmat DUN Jementah

Advertisement

SEGAMAT, 11 OKT: Sebanyak RM24,000 diperuntukkan kepada 21 pelajar di kawasan DUN Jementah yang berjaya mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran masing-masing bagi sesi akademik 2021/2022.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berharap dengan bantuan yang diberikan, ia dapat meringankan sedikit bebanan buat pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian masing-masing.

“Saya berharap dengan bantuan kewangan one-off ini dapat meringankan beban kewangan keluarga mereka dan juga sebagai dorongan kepada mereka.

Advertisement

“Pendapatan keluarga mereka telah terjejas sejak pandemik Covid-19. Justeru, selepas saya menerima permintaan bantuan kewangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada mereka dan tapisan dokumen dibuat, pejabat khidmat Adun saya telah menyumbang bantuan kewangan one-off kepada mereka.

“Tujuan bantuan kewangan ini ialah memastikan pelajaran remaja-remaja yang kurang berkemampuan ini dapat diteruskan. Saya tidak berharap pelajaran mereka diperhentikan kerana faktor kemiskinan,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tan berkata, bidang pendidikan sememangnya penting untuk memastikan generasi hari ini bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan dan menjadi pewaris yang mampu mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.

Advertisement

“Pendidikan merupakan tiang dasar sebuah bangsa. Saya berharap mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak mengecewakan harapan keluarga masing-masing.

“Saya juga mengharapkan mereka berbakti kepada masyarakat dan negara selepas graduasi.

“Syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran masing-masing ke universiti,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top