BM | EN | 中文

Adun Jementah mohon Ranhill SAJ pantau masalah bekalan air

Tan-Chen-Choon.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon mengadakan lawatan ke tapak projek naiktaraf sistem saliran di sekitar SRJKT Ladang Nagapa, Jementah. (Gambar Hiasan)

Advertisement

SEGAMAT, 27 OKT: Adun Jementah, Tan Chen Choon memohon agar Ranhill SAJ memantau, menyiasat dan menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di taman-taman perumahan di kawasan ini.

Tan dalam kenyataannya berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk yang sering menghadapi masalah gangguan bekalan air atau tekanan air terlalu rendah di antara 6.00 petang hingga 9.00 malam.

“Penduduk di kawasan terlibat iaitu Taman Sri Mewah, Taman Jementah Baru dan Taman Melodi) telah mengadu kepada saya.

Advertisement

“Kadang-kala, tempoh gangguan tersebut berlaku selama 12 jam,” kata Tan.

Beliau yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor telah menyampaikan aduan dan masalah dihadapi oleh penduduk secara bertulis kepada Pengurus Ranhill-SAJ Cawangan Segamat.

“Saya meminta beliau menyiasat punca gangguan bekalan air dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan secepat mungkin supaya akitiviti harian penduduk tidak terganggu,” katanya lagi.

Advertisement

Terdahulu Tan turut mengadakan lawatan ke tapak projek menaiktaraf sistem saliran di sekitar SRJKT Ladang Nagapa, Jementah.

“Projek ini diluluskan oleh kerajaan PH negeri Johor dalam Bajet 2020 dengan peruntukan sebanyak RM800,000,” kata Tan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top