BM | EN | 中文

Adun Jementah lancar kempen vaksinasi lindungi warga emas di Segamat

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 27 MEI: Adun Jementah, Tan Chen Choon melancarkan kempen vaksinasi lindungi warga emas bagi membantu warga emas untuk membuat semakan dan mengemukakan senarai nama kepada yang belum menerima butiran temujanji vaksinasi.

Tan berkata, sejak kebelakangan ini pihaknya menerima aduan daripada warga emas terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar daerah Segamat kerana masih tidak menerima butiran temujanji vaksanisasi daripada pihak berkuasa.

“Seperti sedia maklum, warga emas biasanya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetis, kolesterol tinggi atau penyakit lain, dan tahap imuniti badan mereka juga agak lemah.

Advertisement

“Sekiranya dijangkiti virus Covid-19, mereka akan mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi.

“Menurut kajian, dalam jumlah kematian akibat Covid-19 dalam kalangan warga emas ialah 70 peratus dan ke atas.

“Bagi membantu warga emas menerima vaksin Covid-19 secepat mungkin, sasaran saya ialah semua warga emas yang tinggal di daerah Segamat akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sebelum 30 Jun 2021,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tambah beliau, pegawai pusat khidmat Adun Jementah akan membantu menyemak dan mengemukakan senarai nama kepada yang belum menerima butiran temujanji vaksinasi kepada pihak berkuasa untuk tujuan vaksinasi.

Mereka juga boleh menghantar butiran peribadi warga emas seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat, ID Mysejahtera dan melalui pesanan ringkas SMS sekiranya berdaftar dengan MySejahtera melalui telefon bimbit.

Butiran tersebut boleh dihantar melalui whatsapp ke talian 012-6163707, 012-7098501 atau 011-2786 8689 atau emel ke pkdunjementah@gmail.com

Advertisement

Tan turut menyeru agar generasi muda membantu warga emas untuk mengisikan butiran peribadi warga emas di Borang Google sepertimana di pautan berikut : https://forms.gle/65VRh8GNfgG5cDdu9 .

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top