BM | EN | 中文

Adun Jementah kumpul tilam untuk diagih kepada mangsa banjir Triang, Pahang

Adun-Jementah-kumpul-tilam-untuk-diagih-kepada-mangsa-banjir-Triang-Pahang.jpg

SEGAMAT, 28 DS: Prihatin dengan nasib mangsa banjir Pahang, Adun Jementah Tan Chen Choon melakukan inisiatif mengumpukan set tilam daripada peniaga-peniaga dan orang ramai di kawasan Jementah dan Segamat.

Menurut Tan, dalam masa sehari sahaja, pihaknya menerima sumbangan 646 set tilam.

“Seperti kita sedia maklum, negeri Pahang merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir.

“Sehingga 25 December 2021, masih terdapat mangsa-mangsa banjir masih ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS).

“Kediaman mereka telah rosak, musnah atau ditenggelami air di mana kerja pembaikian perlu dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Selepas beliau mendapat tahu bahawa perabot-perabot dan katil-katil mangsa ditenggelami air dan dirosakan akibat banjir, lebih mendukacitakan ialah situasi ini menyebabkan mereka tiada katil untuk tidur.

“Tanpa melengah masa, saya segera melancarkan aktiviti “Mengumpul Dana Bagi Pembelian Katil Kepada Mangsa-mangsa Banjir Di Pahang”,” kata Tan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut beliau, sebahagian daripada tilam telah dihantar ke Triang, Pahang dan akan diterima oleh Adun kawasan berkenaan, Leong Yu Man yang bertanggungjawab mengagihkannya kepada mangsa banjir

“Sekiranya mendapat permintaan sumbangan barangan atau barang keperluan daripada pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan terjejas akibat bencana banjir, saya akan mengumumkan (bantuan) dari semasa ke semasa,” kata Tan lagi.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top