BM | EN | 中文

Adun Jementah kerjasama JAS, takkan kompromi pencemaran sungai

Sungai-Siput-Adun-Jementah-Tan-Chen-Choon.png
Advertisement

SEGAMAT, 18 DIS: Adun Jementah Tan Chen Choon akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang melakukan pencemaran terutamanya melibatkan sungai di kawasan ini.

Tan berkata, pihaknya dimaklumkan JAS negeri dan cawangan Muar akan terus memantau aktiviti premis kilang memproses kelapa sawit dari semasa ke semasa agar mematuhi peraturan premis yang ditetapkan bagi minyak sawit mentah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan berkomproni kepada mana-mana pihak yang cuba atau telah melakukan apa jua pencemaran terutamanya di kawasan saya.

Advertisement

“Pihak saya akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan permantauan agar semua pihak akan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan menerima aduan dari penduduk setempat pada 22 Oktober lalu bahawa warna air Sungai Siput di Lorong 19, Kampung Baru Jementah, 85200 Jementah, Johor telah bertukar kepada warna hitam coklat dan disyaki tercemar.

“Sepertimana sedia maklum, pihak saya telah memanjangkan aduan tersebut kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor pada hari yang sama untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap punca pencemaran.

Advertisement

“Untuk makluman, pihak saya telah menerima balasan surat JAS Cawangan Muar semalam (17 Disember).

“Pihak JAS cawangan Muar memaklumkan telah menjalankan siasatan di lokasi aduan sebanyak tiga kali iaitu pada 11, 13 dan 27 Oktober 2020 dan mendapati tiada pencemaran berlaku di lokasi tersebut.

“Hal ini kerana ujian pH secara in-situ di Sungai Siput di Lorong 19, Kampung Baru Jementah, 85200 Jementah, Johor adalah mormal iaitu pH 7 dan jangkaan hasil mendapan kotoran lama adalah punca menyebabkan dasar parit sistem tersebut berwarna gelap,” katanya.

Advertisement

Tambah Tan, menurut JAS, hasil siasatan keatas premis kilang memproses Kelapa Sawit di Jementah juga mendapati tiada pintasan (bypass) yang dilakukan oleh premis.

“Pihak JAS cawangan MUAR juga telah mengambil persampelan rasmi efluen di takat akhir untuk analisa Jabatan Kimia.

“Sekiranya terdapat aduan pencemaran, aduan akan disampaikan kepada JAS Negeri Johor dengan kadar segera,” kata Tan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top