BM | EN | 中文

Adun Jementah harap MPS pastikan kerja turap jalan sempurna

tan-chen-choon-jalan-gemas-rosak.png
Advertisement

SEGAMAT, 12 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jementah, Tan Chen Choon menyeru agar Majlis Perbandaran Segamat (MPS) memenuhi prosedur penyempurnaan kerja dengan betul.

Katanya kerja-kerja penyelenggaraan dan menurap semula jalan dan bahu jalan di Jalan Taman Golden Hill, Taman Golden Hill , Gemas Baru Segamat tidak dilakukan dengan sempurna.

“Saya dimaklumkan projek tersebut telah disiapkan. Namun, hasil lawatan tapak saya bersama mantan ahli majlis MPS, Tong Yah Horng, mantan Ketua Masyarakat Cina Kampung Baru Gemas Bahru, Wong Bin Edan r penduduk Gemas Baru mendapati beberapa masalah telah timbul.

Advertisement

“Antaranya seperti bahu jalan tidak diselenggara dan diturap semula,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau lagi, bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini, susulan daripada lawatan tapak ke kerja-kerja membaikpulih longkang akan dibuat.

“Saya akan memaklumkan masalah-masalah timbul daripada projek ini kepada MPS.

Advertisement

‘Saya menyeru sekali lagi agar MPS mengambil tindakan yang sepatutnya secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top