BM | EN | 中文

Adun Jementah cadang ujian saringan Covid-19 setiap minggu keatas petugas PPV

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 22 JUL: Adun Jementah, Tan Chen Choon mencadangkan Jawatankuasa Khas Jaminan Askes Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melakukan ujian saringan vaksin setiap minggu kepada semua petugas pusat pemberian vaksin (PPV).

Tan berkata, langkah itu bagi memastikan semua petugas di PPV adalah negatif daripada saringan tersebut apabila berkhidmat kepada rakyat

Ujarnya, jangkitan sporadik Covid-19 semakin meningkat dan beliau berpendapat JKJAV perlu mengutamakan prosedur pencegahan Covid-19 bagi menjamin keselamatan petugas-petugas di PPV.

Advertisement

“Saya amat berterima kasih kepada semua petugas di PPV yang bertungkus lumas dalam usaha menjayakan program vaksinasi terutamanya di kawasan Segamat.

Adun Jementah Tan Chen Choon mengedarkan pek makanan nasi bungkus kepada penduduk di Jementah semalam.

“Risiko jangkitan Covid-19 petugas-petugas di PPV adalah lebih tinggi daripada orang lain disebabkan mereka sentiasa kontak dengan orang ramai.

“Oleh yang demikian, adalah patut JKJAV menjalankan ujian saringan Covid-19 (RTK-Antigen / RTK-Ag) terhadap petugas PPV sekali setiap minggu supaya kesihatan mereka terjamin semasa berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Ujarnya, JKJAV mengambil langkah pencegahan dan penutupan PPV sebaik menerima laporan ada petugas di PPV yang disahkan positif melalui SOP pencegahan Covid-19 lebih ketat seperti pembahagian waktu makan dan rehat petugas di PPV kepada bebrerapa shif.

Tambah beliau JKJAV perlu mengambil tindakan segera sebaik sahaja dimaklumkan petugas disahkan positif seperti aktiviti sanitasi PPV, mengeluarkan kenyataan rasmi bagi meningatkan orang ramai yang pernah hadir ke PPV tersebut untuk menilai kesihatan kendiri.

Katanya, orang ramai sangat peka dengan berita mengenai terdapatnya petugas di beberapa PPV yang disahkan positif selepas saringan dijalankan.

Advertisement

“Mereka mulai tertanya-tanya tentang keselamatan dari segi kesihatan para petugas PPV negara kita,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top