BM | EN | 中文

Adun Jementah cadang DUN Johor pinda peraturan untuk sidang hibrid

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 6 OGOS: Adun Jementah, Tan Chen Choon mencadangkan Dewan Negeri Johor meminda peraturan dan perintah tetap Dewan bagi melaksanakan persidangan secara hibrid.

Tan berkata, kerajaan Johor boleh mencontohi negeri Selangor yang telah melaksanakan reformasi agar persidangan Dewan Negeri boleh diadakan secara hibrid.

“Saya berpendapat bahawa persidangan DUN dilaksanakan secara hibird merupakan kaedah yang terbaik, berkesan dan juga kaedah alternatif bagi pelaksanaan sidang DUN terutamanya semasa pandamik Covid-19.

Advertisement

“Saya mengalu-alukan reformasi DUN Selangor ini dan berharap persidangan DUN Johor akan dilaksanakan secara hibrid pada masa akan datang.

“Sebagai whip parti DAP DUN Johor, sekiranya kerajaan negeri Johor mengemukakan usul ini, parti saya (DAP) akan memberi sokongan penuh.

“Saya yakin bahawa Adun-Adun Pakatan Harapan, Adun pembangkang) lain juga akan menyokong usul tersebut,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Selangor telah meluluskan usul bagi membolehkan persidangan Dewan Negeri Selangor dijalankan dalam talian secara keseluruhan atau separa (hibrid).

Kata Tan, sehingga kini, sidang parlimen Malaysia dan DUN di negeri-negeri lain masih tidak diadakan secara hibrid.

Manakala sidang Dewan Negeri Johor telah ditangguhkan sebanyak dua kali iaitu pada 12 Ogos dan 24 Ogos 2021 dan akan disambung semula pada 6 September dan 7 September 2021.

Advertisement

“Dengan lulusnya usul persidangan DUN Selangor akan dilaksanakan secara hibrid, reformasi ini boleh dijadikan rujukan dan contoh kepada Parlimen Malaysia dan DUN negeri-negeri lain,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top