BM | EN | 中文

Adun Jementah cadang buka PPV di kawasan pedalaman, terutamanya daerah Segamat

Adun-Jementah-cadang-buka-PPV-di-kawasan-pedalaman-terutamanya-daerah-Segamat.jpg

Tan Chen Choon (tiga dari kanan) diiringi oleh Pegawai Penerangan Daerah Segamat, Norsofian Abdul Manan semasa lawatan ke PPV Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat pada hari ini

Advertisement

SEGAMAT, 24 MEI: Adun Jementah, Tan Chen Choon menyarankan kerajaan mendirikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi memudahkan kerja vaksinasi warga emas terutamanya di daerah Segamat.

Katanya, sehingga kini hanya tiga buah PPV dibuka di daerah Segamat iaitu Klinik Kesihatan Segamat, Hospital Segamat dan Dewan Serbaguna, Jalan Genuang, Segamat.

“Baru-baru ini, saya telah menerima aduan daripada warga emas yang tinggal di kawasan luar bandar tentang mereka masih tidak mendapat apa jua panggilan atau maklum balas daripada pihak berkenaan berkenaan temujanji vaksinasi.

Advertisement

“Sesetengah warga emas juga menghadapi kesukaran hadir ke PPV di bandar Segamat kerana keadaan fizikal atau tiada pengangkuatan.
“Justeru, mereka berharap kerajaan dapat mendirikan PPV di kawasan pendalaman dan luar bandar bagi memudahkan pergerakan mereka atau memendekkan jarak dari rumah ke PPV untuk suntikan vaksin,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut statistik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sehingga 22 Mei, kadar jumlah pendaftaran vaksin terkini di daerah Segamat ialah 41 peratus atau bersamaan 63,125 orang.

Manakala setakat 23 Mei, seramai 12,984 orang di daerah Segamat diberi vaksin dengan pecahan Dos Pertama (8,870 orang) dan Dos Kedua (4,114 orang), mencatatkan hanya 20 peratus daripada jumlah pendaftaran vaksin terkini di daerah ini.

Advertisement

Selain itu katanya, setakat ini hanya satu Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di Johor iaitu di Pusat Konvensyen Persada Johor di Johor Bahru.

Tan turut menyeru agar kerajaan menambah lagi sekurang-kurangnya dua pusat PPVAZ di Johor iaitu satu PPVAZ di Johor Utara dan satu lagi di Johor Tengah.

Ia bagi meningkatkan kadar tempahan Janji Temu Pusingan Kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca untuk Warga Emas dan juga kadar suntikan vaksin AstraZeneca di daerah-daerah tersebut.

Advertisement

“Saya juga ingin menyeru sesiapa yang masih belum berdaftar untuk suntikan vaksin Covid-19, sila daftar segera melalui aplikasi MySejahtera atau pautan rasmi https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/.

“Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 012-616 3707 atau pembantu saya di 012-709 8501 atau 011-2786 8689,” kata Tan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top