BM | EN | 中文

ADUN Endau tawar diri bertanding ketua bahagian Bersatu Mersing

IMG-20200217-WA0011.jpg
Advertisement

MERSING, 17 JAN: ADUN Endau, Alwiyah Talib menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Mersing.

Menurutnya, beliau yakin ilmu dan pengalaman dimiliki dapat menentukan hala tuju parti di bahagian itu sebagai sebuah bahagian yang progresif, dinamik dan bermaruah.

“Dengan rasa rendah diri saya sebagai hamba Allah yang kerdil dengan ini menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Bahagian Bersatu, Bahagian Mersing.

Advertisement

“Bertunjangkan kekuatan akar umbi, berpaksikan prinsip perjuangan, saya menawarkan perkhidmatan yang lebih efisien  dan berintegriti dalam mengangkat kedudukan Bersatu Bahagian Mersing menjadi bahagian yang dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihaknya turut berharap semangat muafakat antara mereka akan dapat menjamin kelangsungan parti pada masa depan.

Johorkini

Advertisement

Tags: ADUN, Endau, Bersatu, parti, politik
Kategori: Johor

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top