BM | EN | 中文

Adun di Selangor kerjasama NGO wanita, tubuh pusat seni kraf pasar produk tempatan

Pusat-seni-kraf-dibuka-di-Meru-pasar-produk-tempatan.png

Gambar Ehsan FB Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

Advertisement

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sebuah pusat seni kraf diwujudkan di Meru bagi mengumpul dan memasarkan produk tempatan, kata wakil rakyatnya.

Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata pusat berkenaan ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Meru dan seorang pengusaha kraf dari Jalan Jambu.

“Kita juga sedang berusaha untuk membantu mereka yang terlibat bagi menambah pendapatan di samping memperkenalkan seni dan budaya kepada warga tempatan serta asing.

Advertisement

“Usaha ini mengangkat hasil seni warga Meru ke peringkat negara dan antarabangsa,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurut beliau, beberapa produk hasil kraf krusye atau mengait warga Meru berjaya memasuki pasaraya utama tahun lalu antaranya Isetan dan Suria KLCC.

Pereka kraf yang berminat boleh mendapatkan maklumat melalui platform berikut:

Advertisement

Telegram – https://t.me/pusatkhidmatrakyatdunmerun42
Facebook – PWB Meru N42
Instagram – https://instagram.com/pebs_dunmeru?utm_medium=copy_link
WhatsApp – https://chat.whatsapp.com/F23LJ58nTaqCBJFDEYPKvC

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top