BM | EN | 中文

Adun di Johor terima laporan pembalakan langgar PKP di Kluang

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

KLUANG, 13 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang Ir Khairuddin A Rahim berkata beliau menerima laporan bahawa wujud kerja pembalakan di Hutan Simpan Kluang, Johor ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Khairuddin berkata laporan tersebut cukup dengan bukti berhubung kerja-kerja pembalakan tersebut.

“Kita mempunyai bukti dari maklumat orang ramai berkenaan pembalakan yang berlaku di hutan simpan berkenaan sewaktu PKP berlangsung.

Advertisement

“Apa yang dikhuatiri adalah pekerja-pekerja pembalakan tersebut tidak disaring untuk ujian Covid-19. Ini akan mengundang bahaya ke atas diri orang lain,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Khairuddin, perkara itu berlaku tanpa pemantauan pihak berkuasa dan pihaknya akan membawa perkara ini untuk siasatan lanjut.

“Berapa ramai kakitangan yang bekerja ketika musim PKP tersebut? Pastinya itulah peluang pengusaha balak berkenaan untuk membawa keluar kayu balak tanpa ada pemantauan yang rapi dari pihak berkuasa.

Advertisement

“Kita dapat maklum pekerja sub lesen berkenaan adalah mereka yang tidak mempunyai permit dalam menguruskan keluar masuk balak tersebut,” jelasnya.

Khairuddin yang giat memperjuangkan isu penggondolan hutan oleh pengusaha balak di Johor mendakwa pemeriksaan terhadap kerja pembalakan tidak dilakukan.

“Mereka (pengusaha) nampak inilah peluang yang baik untuk melakukan kegiatan tersebut di mana pemantauan pastinya sangat lemah.

Advertisement

“Pihak saya sedang menyiapkan laporan untuk dibawa ke peringkat seterusnya serta akan membuat beberapa laporan kepada pihak terbabit dalam isu pembalakan di hutan simpan Kluang,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top