BM | EN | 中文

Adun Bukit Naning temui jurutera JKR Muar, usaha selesai isu fasiliti

Adun-Bukit-Naning-temui-jurutera-JKR-Muar.jpg

Dari kiri Adun Bukit Naning, Ysahrudin Kusni, Adun Bentayan, Ng Yak Howe, jurutera JKR Muar Ir Rahmat Rashib dan pegawai khas parlimen Bakri, Pearl Tan.

MUAR, 20 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Ysahrudin Kusni menemui jurutera Jabatan kerja Raya (JKR) daerah Muar bagi menyelesaikan beberapa masalah di kawasan DUN berhampiran, baru-baru ini.

Antara yang dibincangkan ialah isu naiktaraf jalan, pembinaan lampu isyarat dan masalah banjir terutamanya di kawasan sempadan pentadbiran JKR Muar dan Batu Pahat.

Kata Ysahrudin, antara keutamaan yang dibangkitkan beliau ialah projek menaiktaraf Jalan Bakri daripada dua laluan ke empat laluan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Ke-12 yang menelan perbelanjaan sebanyak RM 68 juta.

Tambahnya lagi, beliau memohon bagi pembinaan lampu isyarat di Batu 6 berhadapan Petronas bagi memudahkan laluan pengguna di simpang tersebut.

Selain itu kerja-kerja penyelenggaraan perparitan dan ‘cross culvert’ di kawasan kemalangan disebabkan permukaan jalan digenangi air apabila lopak air hujan di Batu 8 sehingga Batu 10 Jalan Ayer Hitam – Bakri.

Beliau turut memohon pihak JKR menyelenggara “dumping culvet” di hadapan Parit Kelantan dan Batu 20.

“Dimaklumkan kos RM 1.4 juta telah diperuntukkan bagi tujuan premix menurap baik pulih jalan yang mengalami kerosakan daripada Parit Kemin di hadapan Masjid Batu 16 dan Parit Zin, Ayer Hitam.

“Soal selenggara perparitan sempadan antara daerah Muar dan Batu Pahat yang mana tidak bersekali, mengakibatkan sering berlaku banjir termenung di Batu 20 apabila taburan hujan lebih berlaku,” kata Ysahrudin.

Hadir sama dalam pertemuan dengan jurutera JKR Muar Ir Rahmat Rashib ialah ADUN Bentayan, Ng Yak Howe dan pegawai khas parlimen Bakri, Pearl Tan.

“Semoga perbincangan ini membuahkan hasil yang memanfaatkan kepada pengguna secara keseluruhan,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top