BM | EN | 中文

Adun Bukit Naning serah sumbangan set kompang, Kad Sihat Johor

ysahruddin-kusni-serahan-sumbangan-kompang.jpg
Advertisement

MUAR, 6 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning Ysahrudin Kusni menyerahkan sumbangan set kompang kepada wakil penduduk dari Kampung Parit Tengah, dekat Muar, Johor.

Acara penyerahan dibuat pada satu majlis ringkas di Kampung Parit Tengah, Batu 18 Jalan Ayer Hitam, Muar disini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ysahruddin turut menyampaikan serahan Kad Sihat Johor (KSJ) kepada penduduk yang turut dihadiri pengerusi MPKK Parit Tengah, Tok Zamri, pengerusi MPKK Batu 18, Tok Adnan dan pengerusi MPKK Seri Sempadan, Tok Esa.

Advertisement

“Penyerahan set kompang serta jidur di Kampung Parit Tengah, Mukim Ayer Hitam.

“Simbolik penyerahan kad sihat juga dibuat kepada tiga MPKK, MPKK Parit Tengah, MPKK Batu 18 dan MPKK Seri Sempadan,” kata Ysahrudin.

Dalam pada itu, Ysahrudin turut mengagihkan sumbangan dodol kepada masyarakat setempat, sempena sambutan hari raya Aidiladha.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top