BM | EN | 中文

Adun Bukit Naning serah Kad Sihat Johor kepada penerima

ysah2.jpg
Advertisement

MUAR, 7 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Ysahrudin Kusni menyerahkan Kad Sihat Johor kepada beberapa penerima di sekitar daerah Muar, hari ini.

Kad Sihat Johor merupakan salah satu daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihanraya umum ke-14 pada 2018 dan berjaya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.

“Agihan kad sihat Johor kepada penduduk di Bukit Bakri. Masyarakat setempat menyambut baik inisiatif Pakatan Harapan (PH) semasa memerintah,” kata Ysahrudin dalam satu kiriman di laman Facebook beliau hari ini.

Advertisement

Untuk rekod dari September hingga Disember 2018, seramai 3,754 penerima Kad Sihat (fasa 1) telah menerima manfaat terdiri daripada golongan e-Kasih bagi setiap daerah di Johor.

Manakala bagi Januari hingga September 2019, seramai 9,745 penerima Kad Sihat (fasa 2) telah menerima manfaat terdiri daripada golongan kumpulan B40 bagi setiap daerah di Negeri Johor.

Kerajaan PH pada pembentangan Belanjawan Johor 2020 pada November lalu mengumumkan peruntukan berjumlah RM 2 juta bagi program tersebut yang memberi manfaat kepada pelbagai golongan.

Advertisement

Seramai 28,000 keluarga dan 19,000 individu disasarkan untuk menerima manfaat daripada Kad Sihat Johor.

Bagi keluarga, setiap kad bernilai RM500 setahun manakala individu hadnya sehingga RM200 membabitkan penggunaan sehingga RM50 bagi setiap sesi rawatan di 248 klinik panel di negeri ini.

Untuk mendapatkan kad, pemohon boleh memuat turun borang Kad Sihat Johor secara atas talian di www.sihatjohor.com.my sebelum diserahkan secara manual ke Pejabat DUN masing-masing untuk diproses.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top