BM | EN | 中文

Adun Bukit Naning agih dodol sempena hari raya Aidiladha

adun-bukit-naning-edar-dodol-aidiladha.jpg
Advertisement

Ysahrudin menyerahkan bantuan tikar kepada penduduk di DUN Bukit Naning

MUAR, 2 OGOS: Sempena sambutan hari raya Aidiladha, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Ysahrudin Kusni mengedarkan dodol dan tikar sebagai cenderahati kepada penduduk di sektar kawasan DUN berkenaan.

Selain itu, Ysahrudin turut mengedarkan dodol kepada agensi-agensi kerajaan seperti Balai Polis Bakri, Klinik Kesihatan Bukit Naning, Klinik Kesihatan Bakri dan Pejabat Pos Bakri.

“Sehari sebelum menyambut hari raya Aidiladha 1441H, saya telah menghantar tikar getah dan mengedar dodol ke sekitar Parit Zin, Bakri.

Advertisement

“Agihan ini bagi menyantuni penjawat awam serta masyarakat di pekan Bakri sempena Hari Raya Aidiladha,” kata Ysahrudin.

Terdahulu kata beliau, sepanjang minggu ini penyerahan Kad Sihat Johor (KSJ) turut dibuat di kawasan MPKK Seri Bulatan Setia dan kawasan Batu 12 dan Batu 13.

Serahan Kad Sihat Johor kepada penduduk di DUN Bukit Naning

Penyerahan kad sihat ini turut disertai oleh Pengerusi MPKK Seri Bulatan Setia, Tok Tarmizi dan Tok Jamri di kawasan Batu 12 dan Batu 13,
“Semoga kad sihat ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi seisi keluarga dan individu.

Advertisement

“Ia dapat meringankan sedikit kos perubatan penerima kad tersebut,” Ysahrudin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top