BM | EN | 中文

Adun Bukit Batu gesa kerajaan turunkan harga kit ujian kendiri Covid-19

jimmy-puah-PKR-Johor-Adun-Bukit-Batu.jpg
Advertisement

KULAI, 2 SEPT: Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse menggesa kerajaan menurunkan harga kit ujian pantas antigen Covid-19.

Katanya meskipun Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan RM16.00 untuk harga borong dan RM19.90 untuk pembelian secara runcit, ia masih dianggap mahal.

“Pada hemat saya, harga yang ditetapkan kerajaan ini masih lagi di paras yang tinggi dan membebankan buat golongan berpendapatan rendah atau B40.

Advertisement

“Besarlah kiranya harapan saya agar kerajaan dapat laksanakan satu mekanisme meringankan beban mereka yang kurang bekemampuan untuk mendapatkan kit ujian kendiri.

“Misalnya memberikan subsidi supaya harga kit ujian ini menjadi lebih murah atau memberikannya secara percuma kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),” kata Jimmy dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga baharu kit ujian kendiri itu akan berkuat kuasa mulai 5 September 2021 .

Advertisement

Ujar Jimmy, melalui penurunan harga tersebut, ia dapat membantu pihak yang ingin membantu orang ramai yang memerlukan kit ujian pantas antigen Covid-19 tersebut.

“Cadangan yang saya kemukakan ini selari dengan usaha yang sedang pejabat saya giatkan sejak minggu lepas iaitu mengagihkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada lebih 1,000 keluarga B40 kawasan DUN Bukit Batu,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top