BM | EN | 中文

ADUN Amanah Johor setia bersama kerajaan PH

aminolhuda4s-e1572944668829.png

Aminolhuda

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menafikan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad yang mengatakan beberapa ADUN Amanah Johor akan menyertai BN untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Presiden Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, kenyataan tersebut merupakan satu provokasi.

“Amanah Johor ingin menegaskan semua ADUN dari Amanah masih setia bersama Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

“Sehubungan dengan ini, kenyataan Datuk Hasni merupakan satu provokasi untuk memecah belahkan Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya sebentar tadi.

Terdahulu, Hasni mengatakan 11 ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor dan beberapa ADUN daripada PKR dan Amanah akan menyertai gabungan baharu untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top