BM | EN | 中文

ADN Muda Selangor cadang pendidikan perniagaan dalam talian kepada suri rumah, ibu tunggal

Bangunan-SUK-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 5 OKT: Seorang Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor mencadangkan agar suri rumah, ibu tunggal dan wanita tidak bekerja di negeri ini diberi pendidikan perniagaan dalam talian bagi meningkatkan ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ADN dari Dusun Tua, Muhammad Zakir Abdul Razak berkata, pendidikan itu meliputi aspek pengurusan media, iklan Facebook (FB Ads) dan perkhidmatan pelanggan.

“Perniagaan dalam talian memerlukan kos minimum namun kelemahannya adalah pengurusan media dan hebahan yang kurang berjaya walaupun ratusan peluang terpampang di hadapan mata.

Advertisement

“Jadi, idea saya adalah kita kenal pasti produk yang mahu diniagakan dan setelah itu baru mereka diberikan pendidikan berkaitan perniagaan dalam talian,” katanya, lapor Media Selangor.

Beliau berkata demikan ketika membahaskan usul Kluster Ekonomi pada Program ADN Muda Virtual di Dewan Annex, Dewan Negeri Selangor semalam.

Sementara itu, ADN Muda Dengkil Muhammad Faid Irshad Izam berkata usaha merapatkan jurang kemiskinan perlu dilaksanakan dengan menyediakan subsidi penghantaran barang antara negeri kepada mereka yang menceburi bidang itu.

Advertisement

“Kos penghantaran bukanlah murah dan dianggap beban kepada peniaga baharu mahupun pelanggan, malah (penghantaran) dalam negeri sahaja sudah menelan kos sebanyak RM7 hingga RM10 bagi barangan bawah satu kilogram (kg).

“Jika berat semakin naik, maka kos penghantaran terpaksa dinaikkan, akhirnya pelanggan akan mengalihkan perhatian kepada peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma,” katanya.

ADN Muda Sungai Panjang Muhamad Shukri Saad pula mahu Selangor memperkenalkan model ekonomi berlandas norma baharu bagi mengatasi kelembapan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

Advertisement

“Kerajaan Negeri boleh kenal pasti sektor ekonomi kurang terjejas akibat wabak itu untuk diangkat sebagai industri tumpuan selepas ini untuk membuka banyak lagi peluang kerjaya dengan membekalkan bimbingan kepada graduan keluarga pendapatan rendah (B40),” katanya.

Bagi ADN Muda Batu Tiga Maizatul Akasha Meor Mohamed Hafiz, beliau mencadangkan supaya program dan bimbingan keusahawanan diwujudkan di sekolah bagi mendedahkan remaja dan belia kepada perniagaan.

Manakala, ADN Muda Kuang Manisalaxshmi Balachandran berharap agensi atau jawatankuasa ditubuh bagi membimbing golongan tercicir mendapat bantuan dengan mengadakan kelas percuma sebagai pendedahan awal perniagaan dalam talian di luar bandar.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top