BM | EN | 中文

Adly Zahari calon Ketua Menteri PH

adly-zahari-prn-melaka.jpg
Advertisement

MELAKA, 11 NOV: Pakatan Harapan (PH) menamakan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka.

Adly, yang merupakan mantan Ketua Menteri Melaka dari Mei 2018 hingga Mac 2020, dikenali umum sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat, berprestasi cemerlang dan berdedikasi.

Pengumuman Adly sebagai calon ketua menteri PH dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis pelancaran manifesto PH Melaka hari ini.

Advertisement

Adly yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara turut membentangkan manifesto PH bertajuk Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang merangkumi tiga teras utama, enam strategi dan 32 inisiatif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top