BM | EN | 中文

Adakan semula penerangan, pendidikan pematuhan SOP Covid-19

khalim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 24 MEI: Kerajaan digesa mengadakan program pendidikan berkenaan kepentingan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) serta ancaman penularan Covid-19.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib yang menjelaskan sehingga hari ini program penerangan atau pendidikan tersebut tidak dibuat oleh kerajaan.

Menurutnya pendidikan ini penting bagi rakyat khususnya untuk berjaga-jaga dalam setiap kegiatan harian mereka.

Advertisement

“Kita masih belum bebas dari wabak Covid 19, namun kerajaan masih tidak serius dalam menangani masalah ini dan membiarkan individu tertentu seperti ‘influencer’ dan selebriti yang menjalankan tugas tersebut.

“Seharusnya kerajaan yang mengambil tugas tersebut bukan menyerahkan kepada orang ramai. Rakyat hari ini keliru dengan langkah yang berubah-ubah dari kerajaan.

“Sudah berulang kali kita sebutkan tentang perkara ini dengan memberi pelbagai cadangan kepada kerajaan bagi mendisplinkan rakyat mematuhi SOP PKP tetapi masih tidak dibuat,” jelasnya.

Advertisement

Beliau turut memaklumkan bahawa hukuman semata bukan suatu langkah yang baik untuk kerajaan mendidik rakyat di negara ini.

“Rakyat sebenarnya keliru dan sebagai sebuah kerajaan, pendidikan serta penerangan perlu diberikan kepada rakyat bukan menghukum mereka.

“Sampai bila hukuman demi hukuman mahu diberikan kepada rakyat sedangkan kebanyakkan dari mereka tidak tahu apa sebenarnya kemahuan SOP PKP tersebut.

Advertisement

“Janganlah menghimpit rakyat lagi dengan hukuman sedangkan rakyat hari ini semakin tersepit dengan kehidupan mereka. Apa yang perlu adalah pendidikan mengenai SOP serta bahayanya Covid 19,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top