BM | EN | 中文

Adakah keputusan laksana PdPR secara sendiri sesuai dan berkesan? – MP Kulai

teo-nie-ching-mp-kulai.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan keberkesanan langkah Kementerian Pendidikan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara sendiri.

Mantan Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata, dapatan kajian Kementerian Pendidikan sebelum ini menunjukkan 51.2 peratus murid berasa tertekan semasa pembelajaran di rumah.

Daripada kumpulan tersebut, tambahnya, 48.9 peratus murid menyatakan sebab tertekan adalah kerana interaksi yang terhad dengan guru.

Advertisement

Sementara itu, kata beliau, 55 peratus murid tertekan disebabkan interaksi terhad dengan rakan-rakan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, sebanyak 53.4 peratus murid pula tertekan disebabkan kurang bimbingan dalam sesi pembelajaran.

“Saya sokong segala usaha Kementerian Pendidikan untuk membuka sekolah. Tetapi, adakah PdPR sendiri kaedah yang berkesan?” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Berdasarkan pelan Kementerian Pendidikan, kapasiti murid di sekolah dihadkan pada kadar 50 peratus enrolmen keseluruhan kecuali beberapa kumpulan murid seperti murid di sekolah asrama sepenuhnya dan murid di sekolah kurang murid.

Sehubungan itu, sistem penggiliran murid hadir ke sekolah mengikut minggu akan dilaksanakan.

Dalam satu-satu minggu, hanya satu kumpulan saja yang akan hadir ke sekolah manakala kumpulan yang satu lagi akan melaksanakan PdPR secara sendiri di rumah.

Advertisement

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, apabila PdPR ditukar menjadi PdPR sendiri, interaksi antara guru dan murid, interaksi antara murid and rakan-rakan mereka serta bimbingan dalam sesi pembelajaran akan dikurangkan lagi.

“Dari tahap terhad, ke tahap amat terhad, kalau bukan sifar,” katanya.

Pada masa sama, jelasnya, dapatan kajian Kementerian Pendidikan juga menunjukkan bahawa hanya 57.5 peratus murid berjaya menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru dalam masa yang ditetapkan semasa PdPR.

Advertisement

“Jadi soalan saya, apabila PdPR ditukar kepada PdPR sendiri, bukankah peratusan murid yang berjaya menyiapkan tugasan atau latihan akan menjadi semakin kurang?” soalnya lagi.

Yang paling penting, menurut Nie Ching, dapatan kajian tersebut juga menunjukkan hanya 36.0 peratus murid boleh belajar sendiri menggunakan bahan pembelajaran di rumah dalam tempoh PKP.

“Amat jelas bahawa kajian Kementerian Pendidikan sendiri telah menunjukkan bahawa PdPR sendiri adalah kurang berkesan.

Advertisement

‘Jadi kenapa PdPR sendiri masih dicadangkan? Menteri Kanan Pendidikan tidak membaca dapatan kajian Kementerian beliau?” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top