BM | EN | 中文

Adakah audit dibuat terhadap edaran 24.6 juta topeng muka? – MP Johor Bahru

Akmal_Nasir_Johor-Bahru.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata kerajaan telah mengumumkan dasar pemakaian pelitup muka secara mandatori bermula 1 Ogos 2020, dalam usaha untuk mengawal penularan gelombang kedua wabak COVID19.

Namun katanya, timbul persoalan mengenai pengumuman kerajaan April lalu untuk mengedarkan sebanyak 24.6 juta topeng muka, iaitu empat topeng muka kepada setiap isi rumah di seluruh negara.

“Adakah terdapat sebarang audit serta semakan dibuat untuk mengetahui berapa banyak isi rumah yang telah menerima bantuan tersebut?

Advertisement

“Siapakah yang bertangunggjawab atas kegagalan tersebut?

“Ini kerana kerajaan sudah pastinya telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk melaksanakan langkah pemberian topeng muka secara percuma tersebut,” kata Akmal dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan kerajaan menetapkan harga siling pelitup muka kepada RM1.20 daripada RM1.50 selari penetapan SOP baru bermula 1 Ogos 2020.

Advertisement

Katanya keputusan kerajaan untuk menurunkan harga pelitup muka bermula 15 Ogos akan membebankan pengguna dan isi rumah yang kini perlu memastikan bekalan pelitup muka sentiasa mencukupi.

“Saya juga bersetuju dengan saranan Ahli Parlimen Gopeng yang mencadangkan supaya kerajaan memberikan pelitup muka fabrik (boleh basuh) kepada kesemua pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

“Dengan jumlah murid seramai 5.4 juta, termasuk di pra-sekolah) dengan memberi dua unit pelitup muka jenis fabrik kepada setiap murid, kos kepada kerajaan adalah kurang dari RM 24 juta sahaja,” katanya.

Advertisement

Kata Akmal, ia berdasarkan anggaran kos setiap topeng muka kurang daripada RM2.00 bagi setiap unit.

“Ini seterusnya akan mengurangkan beban kewangan kepada ibubapa yang perlu menyediakan topeng muka untuk anak-anak mereka menjelang dasar pemakaian topeng muka secara mandotari bermula 1 Ogos 2020,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top