BM | EN | 中文

“Ada yang masih belum terima penutup hidung dan mulut”

facemask.jpg

Gambar Ehsan scmp.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 APR: Kerajaan dituntut mengotakan janji untuk mengagihkan penutup hidung dan mulut (face mask) kepada seluruh penduduk di negara ini.

Sharon Teo Siew Hui

Timbalan Ketua Wanita Muda Amanah (WARDA) Negeri Johor, Sharon Teo Siew Hui berkata, ini kerana pihaknya menerima aduan dari penduduk yang mendakwa ‘face mask’ yang dijanjikan kerajaan masih belum diperolehi.

Katanya, permohonan telah dibuat namun masih tidak ada sebarang maklum balas dari pihak kerajaan berkenaan perkara tersebut.

Advertisement

“Ada orang yang masih mengharapkan sumbangan empat keping ‘face mask’ untuk satu keluarga dan perkara tersebut masih belum diperolehi sehingga hari ini.

“Perkara ini membuatkan kami sangsi, kemanakah peruntukan ‘face mask’ ini pergi kerana kami terpaksa mengadakannya sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Saya berharap agar kerajaan perlu menyemak semula berkenaan perkara ini kerana kita khuatir ia diselewengkan ke tempat yang lain,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Pulai, Abdullah Idris berkata pihaknya turut mendengar aduan sama.

Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan berkenaan kaedah agihan bantuan ‘face mask’ oleh pihak kerajaan.

Abdullah Idris

“Kita mahu kerajaan meneliti semula mekanisme dalam menyalurkan bantuan seperti ‘face mask’ ini.

Advertisement

“Kerajaan tidak perlu berjanji sekiranya tidak mampu untuk menunaikan perkara tersebut dan hari ini menjadi suatu bebanan bila rakyat mula mengharapkan perkara tersebut.

“Saya juga menyeru agar kerajaan menyemak semula pemberian ‘face mask’ berkenaan. Sekiranya ada yang menyeleweng, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dalam kadar yang segera,” katanya ketika dihubungi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top