BM | EN | 中文

ADA PIHAK SENGAJA MAHU ORANG CINA MARAH PH”-TUN M

IMG-20191114-WA0027.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 14 NOV : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyelar cara kempen pihak tertentu dalam pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai apabila cuba menimbulkan kemarahan masyarakat Cina melalui cara provokasi.

Katanya, antaranya melalui penyebaran bahan kempen yang menyeru para pengundi menyokong Karmaine Sardini kerana calon Pakatan Harapan (PH) itu adalah orang Melayu dan Islam.

Advertisement

“Hari ini saya ada dapat plakad (poster) yang dikeluarkan, suruh sokong Haji Karmaine, tapi disebelah itu dikata ‘Buy Muslim’ (sokong Muslim).

“(Ini) sengaja nak bagi orang Cina marah,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas program sarapan pagi bersama NGO Tanjung Piai di warung 800, dekat Pekan Nenas, hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, masyarakat Cina di Tanjung Piai tidak mudah termakan dakyah pihak tertentu yang disifatkannya sebagai ‘penipu’ dan ‘penyangak’.

Advertisement

Tun Dr. Mahathir ketika sidang media

“Orang Cina lebih arif dalam pilihanraya. Saya percaya mereka takkan undi BN semata-mata gambar yang ditunjuk, kononnya ‘Buy Muslim’ (sokong Muslim),” katanya.

Dalam pada itu, Ahli parlimen Langkawi itu memberitahu, sebarang kempen boikot ekonomi tidak akan berjaya, kerana Malaysia sebagai negara berbilang kaum memerlukan antara satu sama lain.

“Kita di Malaysia, nak tak nak mesti beli daripada semua orang. Kita tak boleh nak beli dari satu bangsa saja. Tak mungkin. Kerana keperluan kita luas dan kita perlu pun bekalan daripada orang Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Advertisement

“Semua orang ini menyumbang kepada keperluan kita,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top