BM | EN | 中文

“Ada maklumat Exco kurang puas hati cara kerja MB Johor”

MB-Exco-Johor-PN.jpg

Hasni (tengah) bersama barisan Exco kerajaan Perikatan Nasional Johor

Advertisement

PONTIAN, 8 NOV: Kelemahan dan kegagalan Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Hasni Mohamed mentadbir negeri bukan sahaja menjejaskan keadaan rakyat yang semakin terkesan di negeri ini.

Malah, terdapat bisik-bisik yang menyatakan bahawa ada di kalangan Exco yang kurang berpuas hati dengan cara kerja dilakukan Hasni sehingga berlaku boikot atau sabotaj dalam pentadbiran.

“Ada yang sebelum ini menjadi ‘abang besar’ tapi kini terpaksa tunduk kepada kehendak MB yang bukan dari partinya.

Advertisement

“Oleh kerana itu, MB terpaksa berkerja keras dengan menutup segala kelompongan dengan retorik pelancaran serta perasmian projek yang tidak menjurus secara tepat kepada sasaran rakyat yang memerlukan,” kata Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Beliau ketika dihubungi berkata kestabilan pentadbiran adalah penting, terutamanya ketika berdepan pandemik Covid-19 yang menjejaskan ekonomi rakyat Johor.

“Melalui maklumat terdapat juga Exco yang dikatakan telah diboikot oleh pegawai lantikannya sendiri sehingga pegawai tersebut mengambil tindakan berhenti.

Advertisement

“Tidak terlepas juga terdapat maklumat yang menyatakan bahawa beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor yang takut berhadapan dengan wartawan dan pihak media kerana tidak mampu menjawab segala persoalan berkenaan kelemahan yang berlaku,” katanya lagi.

Tambah Taqiuddin, maklumat berkenaan dasar, program, skim dan bantuan tidak sampai ke peringkat akar umbi akibat jurang maklumat, kelemahan sistem penerangan dan penyampaian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top