BM | EN | 中文

Ada kes penerima vaksin dari Segamat diarah ke PPV di Mersing – Adun Jementah

Ada-kes-penerima-vaksin-dari-Segamat-diarah-ke-PPV-di-Mersing-Tan-Chen-Choon-Jementah-Segamat.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 11 JUL: Jawatankuasa Khas Jaminan Askes Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) digesa menyelesaikan masalah lokaliti pusat pemberian vaksinasi (PPV) yang ditetapkan dalam janji temu vaksinasi yang terletak di luar kawasan alamat penerima.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata beliau menerima aduan ada penduduk di kawasannya diminta untuk mengambil vaksin di PPV di luar lokasinya bermastautin.

“Saya menerima aduan daripada warga emas dalam perjalanan saya ke Jementah bagi agihan sumbangan barang keperluan kepada penduduk.

Advertisement

“Menurut janji temu vaksinasi yang diterima oleh warga emas tersebut, lokaliti PPV yang ditetapkan terletak di Mersing.

“Sedangkan beliau ialah penduduk Jementah dan poskod yang terpapar dalam MySejahtera ialah poskod Jementah iaitu 85200

“Sehingga kini, saya telah banyak menerima aduan seperti di atas, lebih-lebih lagi masalah ini telah lama wujud dan juga wujud di negeri lain seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Advertisement

“Malangnya, masalah ini tiada penyelesaian daripada JKJAV,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa kecewa kerana kerajaan telah menghabiskan puluhan juta ringgit bagi menwujudkan sistem itu, namun sering menghadapi pelbagai masalah teknikal.

“Walaupun sistem MySejahtera telah ditingkatkan seperti wujudnya pelbagai fungsi di Helpdesk, tetapi sistem ini masih kurang sempurna.

Advertisement

“Saya berharap masalah teknikal lain dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top