BM | EN | 中文

Ada gelandangan di Johor Bahru belum dihantar ke pusat penempatan

Gelandangan-JB.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 APR: Selepas mendapat aduan dari pelbagai pihak, Pusat Khidmat Parlimen Pulai hari ini mendapati masih ada golongan gelandangan yang berkeliaran di kaki lima di bandaraya Johor Bahru.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang turut meminta penjelasan daripada kerajaan negeri Johor berkenaan langkah penempatan gelandangan di negeri ini.

Katanya, langkah menguruskan gelandangan sebelum ini telah dinyatakan oleh kerajaan negeri, namun masih ada yang belum diselesaikan.

Advertisement

“Aduan yang diberikan pada saya jelas menunjukkan bahawa masih terdapat sebilangan gelandangan yang masih tidak terurus dengan baik di sini.

“Saya mengharapkan agar pihak kerajaan untuk segera menyelamatkan mereka dengan menempatkan mereka dari terdedah dari jangkitan wabak Covid-19 ini.

“Kita sudah masuk fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun yang mendukacitakan apabila perkara sebegini masih lagi berlaku,” katanya ketika dihubungi JohorKini.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan pada 5 April berkata, kerajaan negeri telah menempatkan golongan gelandangan di satu pusat sementara di Kem Wawasan Bina Negara, Gunung Pulai.

Difahamkan pusat yang disediakan untuk golongan itu sepanjang tempoh PKP dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Justeru itu, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kerajaan Johor seolah-olah seperti tidak cekap dalam mengurus pentadbiran di negeri ini.

Advertisement

Tambah beliau, kerajaan negeri perlu memastikan langkah dan perlaksanaan yang dirancang berkesan.

“Dalam masa yang kritikal sebegini kita perlu agresif dalam menjayakan setiap perkara yang kita rancangkan, bukan hanya bercakap dan selepas itu membiarkan perkara tersebut berlangsung tanpa disemak semula.

“Dalam berhadapan dengan situasi penularan Covid-19 ini semua pihak harus mengambil langkah segera dan bukan sambil lewa.

Advertisement

“Perkara ini perlu diperhatikan semula agar tidak ada lagi kelompongan yang berlaku dalam masa PKP ini berlangsung.

“Kerajaan Johor perlu menyelesaikan segera permasalahan yang berlaku,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top