BM | EN | 中文

“Ada dari 10 bahagian tak terlibat kenyataan Timbalan Pengerusi Bersatu Johor”

PPBM-parti-pribumi-bersatu-malaysia.jpg
Advertisement

PONTIAN, 30 MEI: Terdapat sebilangan dari bahagian-bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini tidak jelas atau terlibat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Johor.

Mat Haruzaman Ahmad

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pontian, Mat Haruzaman Ahmad berkata sebahagian daripada sepuluh bahagian yang dinyatakan itu menjelaskan mereka tidak terlibat dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Betulkah angka sepuluh (bahagian)? Bila mereka bermesyuarat? Sebahagian daripada mereka yang sepuluh ini menyatakan tidak terlibat.

Advertisement

“Ada juga diantara (bahagian) mereka ini adalah pro-tem, maknanya belum bersidang, hanya jawatankuasa penaja,” kata Mat Haruzaman pada sidang media di Pontian.

Pada 29 Mei, Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md Nasir Hashim berkata sepuluh daripada 26 bahagian Bersatu di Johor menyokong keputusan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Md Nasir dilaporkan berkata, beliau sudah menghubungi 10 ketua bahagian parti tersebut dan sudah pun menyatakan pendirian menyokong keputusan tersebut.

Advertisement

Katanya lagi, 16 lagi ketua bahagian akan dihubungi dan yakin kesemua mereka akan memberikan sokongan pemecatan kelima-lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tersebut.

Sementara itu kata Mat Haruzaman, sidang media dipengerusikan Md Nasir Hashim di pejabat Bersatu bahagian Johor Bahru itu dihadiri oleh bekas calon yang tewas dalam pemilihan Bersatu.

“Adakah ini menjadi satu landasan dan panduan bahawa (kenyataan media) ini adalah suara dari Bersatu Johor? soal Mat Haruzaman Ahmad.

Advertisement

“Pemimpin Bersatu perlu membuat keputusan yang bijak menggunakan saluran yang betul,” ujarnya lanjut.

Senator Datuk Isa Ab Hamid

Dalam pada itu Ketua Bersatu Bahagian Pontian, Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata sebarang kenyataan dan pandangan berhubung sokongan mahupun pemecatan terhadap seseorang ahli itu perlu dibuat selepas mesyuarat bahagian-bahagian di Johor.

“Sepatutnya kita menbuat kenyataan setelah dapat pengesahan sokongan di pihak mana, baru kita membuat kenyataan. Bukan keluar kenyataan dahulu, baharu kita mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan.

Advertisement

“Nyatakan bahagian (Bersatu) yang mana, supaya jelas. Sebab ada bahagian ‘silent mode’ dan ‘play safe’. Ada juga yang tidak menyatakan pandangan kerana menghormati kepimpinan kedua belah pihak.

“Ini perlu dijelaskan Timbalan Pengerusi Bersatu Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top