BM | EN | 中文

Ada beza gelembung pelancongan Langkawi dengan pergerakan rentas negeri?

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 21 SEPT: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman hari ini dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kerajaan perlu membentangkan perancangan untuk merentas negeri.

Beliau juga mempersoalkan apakah perbezaan dalam penetapan gelembung pelancongan Langkawi dengan pergerakan merentas ke negeri lain.

“Sekiranya kebenaran merentas negeri tidak dibenarkan pada waktu terdekat, rakyat berhak untuk mengetahui apakah pelan yang dibuat oleh kerajaan bagi membenarkan rakyat bergerak merentas negeri selepas 8 bulan arahan larangan tersebut dikuatkuasakan.

Advertisement

“Kerajaan wajar memberi kelonggaran yang bersesuaian kepada rakyat yang telah lengkap divaksin dan menyediakan SOP lebih awal supaya rakyat dapat bersedia untuk mematuhi SOP yang digariskan,” kata Taqiuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes kematian berpunca daripada tekanan perasaan akibat tidak dapat bertemu keluarga, kesempitan hidup dan kemurungan melampau yang berlaku sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran.

“Sehubungan itu, pihak kerajaan mesti mengambil langkah pro aktif supaya insiden sedemikian tidak lagi berulang.

Advertisement

“Justeru, kami mendesak agar kerajaan menyemak semula keputusan dan membuat pertimbangan sewajarnya untuk memberi kebenaran rentas negeri kepada rakyat yang memenuhi syarat atau setidak-tidaknya membentangkan perancangan dan SOP yang akan dikenakan bagi membolehkan rakyat bergerak merentas negeri,” katanya Adun Pulai Sebatang itu lagi.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional mendesak agar kerajaan menyediakan SOP bagi merentas negeri.

Katanya, kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan membentangkan perancangan yang telah dibuat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan bagi membolehkan rakyat bergerak merentas negeri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top