BM | EN | 中文

Ada anggota dan pesara polis dihimpit hutang kerana beli kereta ‘besar’

Timbalan-Ketua-Polis-Negara-Datuk-Seri-Mazlan-Lazim.jpg

Gambar Ehsan PDRM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Ada sesetengah anggota polis dan pesara pasukan keselamatan itu didapati menanggung hutang yang tidak sepatutnya seperti membeli kereta pada harga melebihi kemampuan mereka.

Mereka yang didapati menanggung hutang tidak sepatutnya seperti membeli barang bukan keperluan tidak akan mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata bantuan itu hanya akan diberikan kepada anggota dan pesara polis yang terdesak akibat menanggung hutang ‘sahih’, bukannya hutang atas perkara tidak sewajarnya.

Advertisement

Katanya, bantuan kepada anggota dan pesara akan disalurkan dengan teliti dan mengambil kira faktor penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan ramai terjejas.

“Kita kena perhalusi betul-betul bantuan ini, kita tidak mahu membantu mereka yang tidak sepatutnya. Ini kerana ada yang kita dapati berhutang pada perkara tidak sepatutnya, contohnya beli kereta ‘besar’, sedangkan ia tidak perlu.

“Kita akan bantu anggota dan pesara polis yang mempunyai gaji dan pencen kecil. Apabila mereka ada hutang tinggi, kehidupan makin terhimpit sehingga nak makan pun susah. Kebajikan golongan ini sangat utama dan kita mahu menyantuni mereka.

Advertisement

“Mereka yang masih bertugas berada dalam keadaan sensitif berikutan tugas, jadi kita tidak mahu perkara tidak sepatutnya berlaku,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian pada Program Penyerahan Sumbangan kepada Pesara PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Mazlan berkata, PDRM sedang meneliti untuk membantu anggota serta pesara pasukan itu yang memiliki hutang tinggi sehingga menjejaskan tugas dan kehidupan selain bagi mengelakkan mereka terjerumus dalam masalah lebih besar.

Advertisement

“Bantuan untuk anggota dan pesara yang mengalami keberhutangan tinggi ini membabitkan dua golongan, iaitu pesara polis dan anggota asnaf (masih bertugas). Selalunya anggota asnaf ini mempunyai gaji kecil dan hutang yang tinggi.

“Sebagai contoh, anak nak pergi belajar dan anggota atau pesara terpaksa berhutang atau berlaku musibah atau sakit dan sebagainya hingga perlu berhutang. Bantuan ini bukan sahaja untuk menjaga kebajikan anggota dan pesara supaya sentiasa terbela, tetapi juga supaya tidak menjejaskan tugas dan melakukan perkara tidak wajar,” katanya.

Mazlan yang menyampaikan sumbangan kebajikan TAWP kepada 20 pesara bagi kontinjen Johor pada majlis berkenaan, berkata sejumlah 887 pesara asnaf telah menerima sumbangan tabung berkenaan membabitkan RM1.59 juta antara Januari hingga Mei lalu.

Advertisement

“Polis minta orang ramai menguar-uarkan peranan tabung TAWP ini kepada pesara polis di luar sana agar kita dapat sama-sama santuni mereka,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top